Follow by Email

Thursday, May 17, 2012

ini kisah sedih ku :(



Ini episod duka. Sedang tiada siapa di sisi. Sedang tiada bahu untukku  mencurah tangis yang tertahan-tertahan.
INI EPISOD LUKA


Episod sedih aku bermula bila  keputusan final exam keluar. Menangis? Dah puas. Harap tak meraung je sebab rumah kakak aku ni macam bergema kang satu blok ni dengar. Jadi , aku GAGAL satu paper. MY DEAREST CHEMISTRY. Sumpah aku tak pernah expect yang aku gagal paper tu. Paling tak, janganlah mase final exam aku ni. Janganlah mase lulus atau gagalnye paper aku untuk membolehkan aku sambung ijazah atau tak. Kenapa sekarang? Aku fikir “Ok, gagal last sem so takde ape2 efek kan?” teeettt! TIDAK! Aku kene amik suplementary exam. Ok fine, aku amek. Tapi bodohnye aku dah berputus asa sebelum aku berjuang. Nota-nota semua aku da buang tinggal buku tebal tu je. Despite of mama suruh amik cuti seminggu untuk study , aku tak cuti. Bajet pekerja contoh. Stress. Memang, sebab aku takde inisiatif lain. So stupid. Aku tatap lama2 buku kimia tu. Sambil nangis. Aku pikir, kenapa aku? Bodoh gile aku. Kawan-kawan aku Nisa , Kema elok jee. Asal aku terkandas macam ni? Bila aku tahu kalau gagal jugak exam ni aku kene amik diploma , aku rase down sangat2. Aku tak tau nak cakap kat sape. Aku rase mase depan aku gelap. Cita-cita aku terkubur... memang, takde salah siapa. Semua salah aku sendiri.. Dosa-dosa yang aku buat , Tuhan balas dengan banyak cara, termasuk menghancur lumatkan harapan dan impian aku. Ye, aku sedar perancangan Tuhan lebih luas dari ape yang aku sangkakan. Tapi bile terasa roda kehidupan aku dah meletakkan aku kat tempat paling bawah sekarang , aku rasa tak tertanggung. Sebab aku seorang. SEORANG. T_T


Ambil masa beberapa hari untuk aku renung balik semua yang jadi atas diri aku... Masa tu, rasa nak hilangkan diri dari semua orang. Tapi, sampai bila kan? Lambat-laun , aku kene hadapi kenyataan ni. Ade kawan aku cakap , “Alah, ni bnde kecik jee..” Kecik ke? Sebab aku melibatkan harapan mama dan ayah. Melaut harapan diorang untuk aku. Tapi aku banyak main dan sia-siakan peluang yang ada. Ini lah padahnya bile kita take things for granted, L
Hari Selasa aku exam. Hari Isnin aku da bertolak ke Puncak Alam, sebab exam kul 9 ,tak sempat la kalau aku nak naik bas dari Putrajaya ni kan.. So lepas satu perjalanan yang aku rasa lama, sunyi dan menyebakkan , aku sampai kat Uitm Puncak Alam. Back to where I was. Sumpah mase tu rase KOSONG. Aku sampai dah malam. Aku lepak surau sebab malas agi nak kacau Kak Sarah , senior yang aku nak tumpang bilik. Sedih kan? ALL ALONE. HAHA. Tapi aku berlagak survivor. Berlagak tough. Sebak dalam dada aku tahan je. Palam kosong. Sekosong hati aku. Aku duduk kat tingkat 3,aku tengok bawah, aku rase nak terjun. GILA! Haha, aku mengucap. Panjang lagi hidup aku , kalau diizinkan Tuhan. Dosa pon banyak lagi tak tertebus. Tiba-tiba, hujan.. uhmm , baik punye setting kan?


Dalam lebat hujan tu , aku terdengar-dengar suara gelak Kema dan Nisa. Okey , aku rindu dorang. Aku nangis. Dan aku terdengar-dengar lagi ,diorang tengah pujuk-pujuk aku, mesti diorang cakap , “takpe Peah, Peah kuat, Peah boleh buat!” Sedih gila hati aku mase tu. Aku tak pernah rase keseorangan yang macam tu. Aku betul-betul perlukan sahabat di sisi aku waktu tu. Dah puas aku nangis, aku solat. Aku mintak Tuhan kuatkan hati aku. Aku tahu, nak dibandingkan dugaan yang Allah bagi kat aku ni, berjuta kali lagi ringan dari orang lain. Jadi, aku kene sabar dan tabah.

Malam tu aku study , stresss.. sebab damn shikk buku tebal tu aku tak biasa gune so aku tak paham sangat. Sayu sayu je aku revise balik. Aku ingat nak tdo lewat. Bajet burning the midnight oil. Tapi entah setonn mane lompat bintang atas mata aku dan aku pon tertidur sampai pagi. GREAT -.-‘’.
Dan sesi menjawab exam aku penuh dengan hingus dan air mata.. Aku tak dapat jawab. Padahal soalan lebih kurang. Tapi aku tak dapat jawab?! Tuhan betul-betul uji emosi dan kesabaran aku. Aku tengok orang lain jawab panjang., aku pun jawab panjang. Tapi aku takde keyakinan langsung akan ade betul. 100% aku yakin , aku takkan lepas. Konfim, aku kene amik diploma.
Sedih macam nak meletup jantung aku waktu tu. Aku tepon mama, aku harap mama cakap, “takpelah Diah, mama tahu anak mama da buat yang terbaik , Diah tak kecewakan mama pun..”
Tapi takkk.. mama tak cakap macam tu. Aku nangis esak-esak pun mama tak pujuk aku. Aku nangis lagi kuat bila aku rase aku dah kecewakan mama... aku dah kecewakan mama sejak SPM lagi. Aku bukan lagi anak mama yang mama selalu banggakan dulu.. Yang selalu on the top dulu. Bukan.. aku  sekarang selalu gagal. Selalu biasa-biasa aje.. Sedih nye hati tak tahu nak cakap macam mane... Maafkan Diah ma.. maafkan Diah..


Tapi sekarang aku dah okay. Thankz to family ,WAWA yang bg aku nasihat dan KAKAK yang usap2 kepala aku bile aku sedih,  sahabat2 yang tak jemu bagi aku sokongan dan dorongan, BAY, NISA , KEMA , ICHLASWAN, MON, MALI, dan ramai lagi..
InsyaAllah , aku belajar terima ketentuan Tuhan ni.. J Ade orang cakap kat aku , aku kene muhasabah ,didik hati aku , tabah dengan semua ni ,dan jangan bersedih selagi Allah masih bersama kita. J