Thursday, November 22, 2012

TENGGANU KITE ! ' 3 '


Assalamualaikum. Hari ni nak buat late night storiesss. Hihi. Today nak stori mori about my friends dan pengalaman hidup di Terengganu dulu.

Aku mmg ORANG KEEYYY ELLL . -.- EH EH ic aku 14 okeyy. Tapi takde lah aku nak bangga pon jadi budak keyel ni. Kdg2 mcm tanak mengaku pun ade. Kahkahkah. Al kisahnya lepas aku lahir je beberapa bulan lepas tu ayah kene transfer ke Kuantan. Jadi , ke Kuantan dan bertapa lah aku kat sana sampai darjah 2. Mase kena pindah kat Terengganu tibe2 tu aku memberontak tahap nak rompak mama ayah dah sebab aku TAK SUKE TERENGGANU ! Mula2 masuk SK SURA darjah 3 , masuk 3 Anggerik. Aku rase mcm arrrrggghhhh. Lepas je duduk kat meja aku, kawan2 baru aku dah tanye, “ ADA KALANG CAK DOK ?” -_- kezzuutan bahasa. Time nak beli burger kat kantin. SINGGIT SAMAH. SAMAH ? ape tuuuuu ? sejenis burger baru ? hehe. Sila jangan marah aaaa. :B

Rumah pertama aku kat Dungun , Taman Bersekutu. Seiringan dengan namenyee yang indaahh tu , mmg tempat tu banyak K U T U ! kutu lembu aka pirah aka cengkenit. Memang menangis tahap hingus keluar sedut balik lah bila kene. Kejap kat ketiak. Kadang2 bawah telinga. Paling pedih dalam telinga. Ha sebulan jugak aku demam time kene uh. Rumah aku yang ni rupenye depan je rumah TENGKU NASUHA schoolmate aku mse SK BATU 7 dlu. Kalau tahu awal2 hari2 aku pergi menapak kat umah die. Heee ^_^

Lepas tu lepas tu lepas tu , hehe , aku pindah ke Kuarters Politeknik Dungun. Awal2 duduk kat sni, memang merintih ketakutan gtuu nyahhh. Why not? Ehh eh BUKIT BAUK tuu ! dah macam2 stori mori aku dengar . Pulak tu Poli tu mmg baru je bukak so for sure la um um ‘penghuni asal’ die tak chow lagi kan kan? Byak pulak kes lepas family aku move in tu. >< tanak la cite. Kang  ade nak gi toilet suruh aku teman. LOL. ^3 ^

Lame jugak aku duduk kat Terengganu. Sampai Tingkatan 4. Darjah 3 sampai UPSR aku sekolah kat SK BATU 7. Tingkatan 1 sampai 3 aku sekolah kat SMK ELIT MAK LAGAM. MUA-HA-HA ! nak jugak ELIT tu kaa? Buerrkk :P Harusla, should be proud to be Tesmalian. -00- then form  4 dan 5 aku sekolah kat SMS SAINS TERENGGANU , SESTER.

Boleh ke cakap GANU  ? eh eh. HAHA. Mula2 sumpah aku tekang nok cakap ganu sebab mase skolah rendah kawan2 aku tak de la pressure sgt suh aku ckp ganu. Hmmm. Masuk TESMAL je , mampuih kne bahan. Aaaarrrggghhh ! Lidah KL aku ni bile try nak ckp GANU , dah BOLOK tahap BABY. Haha. Memang belit lidoh2 ambe. Sampai at certain point, aku sendri tak pham aku ckp ape? Ngeh. Mase form 1 takdop la aku kne sangat , alih2 masuk form2 kaw2 aku kne bahan dgn satu geng ni. Urgghhh ! I will not forgett you mister and mister ! buerk >< siap dapat geloran UPTOWN GIRL. Asal aku lalu je depan depa ade la radio english rosak nyanyi lagu tu ! stress ! dah la aku ni KABUT mase primary school dulu. *eh skarang tak ke? :>*

One of my Ixorian bestfriend pulak siap bagi aku kad besday dalam tu tulis lagu UPTOWN GIRL by WESTLIFE tu. -....- takpe Kiren , still i’m thankful    Baru2 ni pulak , Sir Nurul CI aku kat Hospital Serdang mase aku praktikal ni , panggil aku CITY GIRLLL. *tangan ke bahu semua mata ke atas* waargghh tak pasal je dapat gelaran baru , bagilah gelaran macm Sir Mokhtar  : SWEEET  :> *eh koya eh*

Then aku berusaha bersungguh2 menajamkan skill aku berbahasa GANU ni. Huh. Sampai kat umah aku yang majoriti ckp KL pong aku ckp GANU. Mama tak pahang pong bo layang aku. Ahahha. *OVER* Ha amek kaw huh sekarang kalu aku ckp GANU mesti org ingt aku ic 11. Mue-he-he. -3-

Sekarang ramai kaitan dalam hidup aku ni asal GANU. Abang ipar ganu , bestfriendss ganu , ex ganu eh eh eh , bakal pakwe pon ganu eh lagi , calon mak mertua ganu LOL . dah la cukup. U get it la kan? Anyhow sekarang I LOVE TERENGGANU ! one of my  favourite state ! Baaaaaaaaaaaaaaaannnnnnnnyak sangat things and people yang aku treasured kat sini. Ahh. Mahu pergi lagi. ^^

P/s : Lepas kawin insyaAllah aku nak ajak yang halal itu *sesiapa saja,non-specific*  duduk Terengganu. I dun like KL. Jammmmm ! buerk. :D

Oh sekian sahaja di sini. Moral of the story , kat mane je kite berada , jangan jadi rusa masuk reban. Eheh. Kene try mingle and of course kene expose dri sendiri dgn budaya bahasa dan adat resam kat sesuatu tempat tu. wasalam.

Muke aku berkata: ade aku kisah ?