Tuesday, March 27, 2012

call me auntie anne ^^

T.I.R.E.D
hahaha. itu sahaja satu ayat yang mampu aku katakan malam ini. Sebab?
"kerjaaaa hari hari kerjaaaaaaa"
ades , kerja mana lah yang tak penat kan? 
cuba bagitau kerja apa yang tak melenguhkan kaki memenatkan otak dan menambahkan uban? 
nak jugak aku apply. -..-

Jadi , al kisahnye , lepas habis ASASI dan BERGUMBIRA buat beberapa hari bersama keluarga dan sahabat handai , aku pun memulakan lah JOB HUNTING! haha.
sehari saja aku memburu kerja , terus dapat !
Alhamdulillah :)
Jadi sekarang aku kerja dekat Auntie Anne's. 
Ha ! Pernah makan tak? hehe :P 


hehe. Inilah tempatnye. Contoh nye lah. Francais dia lain-lain.
Aku kerja kat Alamanda , Putrajaya.
Oh yes, sekarang duduk dengan kakak di Putrajaya tu :)

Kerja aku? hee celup2 roti ,dip2 dalam flavouring dia ,  angkat masuk keluar oven ,  dip lagi dan jual. Senang ke? Macam senang la. Tapi semua kene ikut skill yang ditentukan. Takleh hentam keromo je. Ingat kedai nyang belah mak tiri aku? ngeee :p Cashier pon ye gak. Ni yang aku paling suke buat sebab leh beramah mesra dgn pelanggan dan tak terasa penatnye. Tapi kalu salah tekan menatang cashierr mau cuak sebulan aku buatnye. Seb bek KAK MIS ( boss ) baik amat loh! heee :3



Jadi hari pertama aku dah banyak kejadian terjadi. Biasalah... aku kan miss clumsy and gelojoh everything. hew3. :P Datang awal setengah jam.. ecewahh bajet pekerja contoh ni ! -.-
Datang2 dah kene menyapu mengemop segala lantai kedai yang kecik tuik tu.. okey beres je bagi aku. HAHA . *riakkejap*
Kat kedai tu ada KAK MIS (boss) , KAK ROSSA (cewah mcm name Rosalinda AYAMOOR gitu) ^^ , KAK WAWA ( yang gilak2 dan kecik molek) dan KAK LINDA ( ore kelate kito ) haha.
Semua baik dan sporting. Haruslah kan , ada yang tegas sikit. 
Nak di masinkan cerita hari pertama aku kerja ni , al kisah nye kasut aku tercabut tapak. Dalam hati aku menyumpah kasut tu tahap karma , asal la hari pertama gak dia nak tercabut? Grrrrr..

Abg BANGLA hensem pun lari tanak kat aku nyahhh..
HAHA.
Yelah.. dah maen2 mata tetiba masa aku tgh jalan nak pergi surau ke nak pergi tandas ke , WAJIB aku MENGENGSOT. pulak tu kalau aku lawan jalan kaki dengan SIPUT SEDUT mahunye setahun aku kalah. eheh :3
Habis abg hensem rijek aku .wuwu. Ada pulak yang konon2 bagi pandangn simpati . Nak kata kesian aku tempang lah tu. Tak pun , sebab dah usha kasut aku yang dah terlerai tu. Pastu bagi isyarat mata tengok2 kat kedai kasut sebelah aku. Argh! Dammiittt! Sumpah nak mencarut. hehe. Aku mencarut bahasa korea , takdelah orang nak faham kan? Pasal aku sendri pun tak tau aku cakap ape. kuang3 ^^

Bila dah macam sadis aje keadaan aku, akak2 yang budiman tu semua pun hulur salotape lah , gam gajah badak sumbu segala lah tapi tak lekat. huu :(
Akhirnya , KAK Linda bagi pinjam selipar jamban dia. hahaha ><,

Esok aku nak pakai kasut baru pastu jalan lenggang itik depan2 abg bangla yang tengok aku sipi2 semalam. HUH! WEKKKKK :P 


Oh penat babun tangan ku menaip! Nak tidur dulu baaaa.. Salam :)


3 comments:

  1. wah baru balik berapa hari dahada kerja sekarang..cayalah! :)

    ReplyDelete
  2. hew3... tak reti duk diam kott? :)

    ReplyDelete
  3. assalammualaikum dik...akk mencari2 d google sesiapa yg pernah bekerja ngn auntie anne's nih...bole akk mintak bantuan?... ira 017-2890971 nr.shahirah8@yahoo.com ...

    ReplyDelete